Misi & Visi Blog
Misi blog ini dicipta adalah untuk merapatkan silaturrahim sesama pelajar dan pensyarah di Kolej Unikop ini.
Selain daripada itu,blog ini juga akan dijadikan sebagai tempat di mana pelajar boleh meluahkan ketidakpuasan
terhadap pengurusan kolej atau masalah yang berlaku sama ada di Kuliah atau Asrama seperti masalah asrama yang
sering tiada air yang menyukarkan penuntut untuk mandi dan pergi ke kelas atau masalah kebersihan kolej yang tidak teratur.
Blog ini juga diharap dapat mendekatkan lagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dgn pelajar pelajar agar dapat mendengar
masalah mereka dengan lebih dekat lagi kerana sebelum ini MPP belum pernah mengadakan mesyuarat di antara
MPP dgn pelajar.
Blog ini bukanlah dicipta untuk memburukkan pihak Kolej Unikop ataupun pelajarnya. Ianya dicipta untuk memberi ruang kami ,
sebagai para pelajar Unikop memberi pendapat dan meluahkan ketidakpuasan dengan perkhidmatan kolej agar
semua pihak dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membaiki servis dan meningkatkan mutu kolej agar
diiktiraf sebagai kolej yang berkualiti.
Visi blog ini pula ialah pelajar pelajar Unikop sentiasa peka dgn masalah dan tahu hak mereka sebagai pelajar.
