Perjumpaan Blok C

Pada pukul 9mlm,kakitangan asrama dan Ustaz Mad Isa telah hadir untuk menyampaikan ucapan mereka untuk perjumpaan blok C.

pelbagai maklumat yang telah disampaikan kepada penghuni blok C. Sebagai penbukaan, En.Khalid menyampaikan ucapannya diikuti Ustaz Mad Isa dan diakhiri oelh Puan Hajah Jamilah. Semua ucapan berbentuk pemberitahuan. Penghuni-penghuni berkumpul di bawah tingkat dan terpaksa duduk ditempat yg agak kurang selesa terutama dari segi bau dan kebersihan. Byk lipas dan ‘Kak Ti’ yg berkeliaran ketika perjumpaan. Masa tu la byk yg melompat-lompat. Nasib baik tak ada yg menjerit!



Puan Hajah Jamilah menyenaraikan aktiviti yg akan dijalankan pada bulan Febuari. Antaranya ialah:
i) Febuari 7 – Gotong -Royong anjuran Rukun Tetangga Taman.
Semua penghuni asrama akan terlibat dan tiada siapa yg dibenarkan balik sehingga gotong-royong ni tamat. Bagi sesiapa yg melanggar,denda akan dikenakan.

ii) Febuari 16&17 – Pertandingan keceriaan Anjuran Kolej Unikop untuk semua Blok Asrama Putera & Puteri. Markah akan diambil pada Febuari 17. Pengadilnya terdiri daripada para pensyarah. Diharap pensyarah boleh bagi markah yang ‘Da Boom’~!!

iii) Febuari 21 – Sukaneka anjuran Uitm Arau Perlis. Perlawanan di antara IPTS. Tak tau apa aktiviti yg akan dijalankan. Harap-harap,tak ada la aktiviti yg mcm kebudak-budakan. dan yg paling penting kenala menepati citarasa kitorg sebagai ‘teenager’ yg sukakan cabaran!!

Puan Hajah Jamilah juga berkata,lawatan pelajar lelaki ke asrama perempuan telah mencapai kejayaan! Asrama puteri diberi ‘A’ untuk kebersihan~! Tahniah! Tahniah!!

Majlis Tamat pada pukul 10mlm. semua pelajar bersurai!!

So,bagi korg yg kat blok C dan semua Blok Asrama,apa pendapat korg ttg pjumpaan ni?

2 thoughts on “Perjumpaan Blok C

  1. ada sukaneka ke?aduh. penatla kalau macam ni. tapi sukaneka ni nanti akan dapat sambutan ke dikalangan pelajar? kalau tak pergi kena denda. kalau pergi,bosan sbb acara yg disediakan agak kurang menarik macam sem-sem yg lepas. apa apa pun harap sem ni diorg boleh buat yang lebih mengancam!🙂

  2. pendapat aku ttg perjumpaan blok ni ialah biasa jer.cuma tak puas hati dan setuju kawasan tempat duduk tu agak kotor dan busuk!😦
    lipas merata-rata dgn tikus yang asyik lari bergelimpangan.tapi pelik juga perjumpaan kali ni.senyap semacam je para hadiran yg mendengar?mungkin betullah kat en.Khalid,semua sebuk menaip SMS!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s