Masalah Kebersihan Di Sekitar Kolej Unikop

Adakah restoran/warung yang berada di sekitar kolej kita cukup selamat untuk kita makan dan minum?
Adakah korg semua sedar akan kehadiran tikus dan lipas yang sentiasa berkeliaran di bawah kaki korg ketika korg semua sedang asyik menikmati makanan??
Tidakkah anda geli atau jijik melihat binatang yang sering dikaitkan dgn virus dan bakteria merbahaya??
kenapa sehingga sekarang tiada tindakan yang diambil oleh pihak yg berkaitan? Adakah kita sanggup menerima Tikus dan lipas sebahagian daripada hidup kita?
Saya pelik dgn keadaan sekeliling yg kotor dan semua pihak hanya boleh sekadar memandang shj benda itu berlalu~
saya pasti perkara ini telah lama menjadi bualan pelajar dan penduduk asrama setiap masa,hari dan saat tetapi seperti tiada apa yg mampu kita semua mampu lakukan..
banyak kejadian yang berlaku telah menimpa ke atas pelajar disebabkan kekotoran ini..
Setiap pagi ketika hendak ke kelas,pasti akan nampak bangkai tikus yg bergelimpangan di atas jalan..sesungguhnya ianya tidak sihat utk dihidu baunya kerana ia boleh menyebabkan seseorg sesak nafas atau muntah.

Sampah di sekitar kolej
Sampah di sekitar kolej


 

Jika anda adalah pelajar asrama Blok C,anda pasti ingat kejadian di mana air paip berbau bangkai! penduduk mula mengesannya ketika waktu maghrib terutama ketika pelajar hendak mandi. Pada mulanya,mereka menganggap bau busuk itu datang dari luar (mungkin sbb dah lali dg bau busuk)
tetapi lama kelamaan,bau busuk yang seakan bau bangkai semakin menjadi.. penduduk mula sangsi dgn air paip. nak buat minum pun tak boleh sbb bau bangkai mmg kuat.
sehingga ada satu kes di mana pelajar hampir terminum air bangkai. Pelajar ini hanya berkumur untuk menggosok giginya.. xlama selepas itu,rakan sebiliknya mula menegur bau mulutnya yang sangat busuk..
Pelajar terbabit terus pergi ke klinik utk mendapat rawatan lanjut..syukur baginya kerana dia tidak mengalami sebarang jangkitan.. Jika pelajar terbabit terminum air bangkai tersebut,xsiapa tahu bagaimana nasibnya sekarang.
Kejadian ini berlaku pada sehari sebelum cuti mid sem [Dec 2007- April 2008]. Pelajar2 cuba menghubungi pihak warden tapi respons yg diberi agak lambat kerana kejadian berlaku pada waktu mlm..

Seminggu selepas kejadian belaku,pihak warden tidak menerangkan perkara sebenar yg telah berlaku kepada tangki air Blok C. Kenapa mereka harus berdiam diri? Sepatutnya mereka berjumpa dgn semua penduduk dan menerangkan
perkara sebenar yg berlaku.. Ada khabar angin yg mengatakan bahawa,ketika dlm proses pembersihan tangki dilakukan,mereka jumpa bangkai gagak di dlmnya..
Bagi saya perkara ini bagaikan tidak logik..mengapa boleh bangkai gagak yang ditemui? Adakah selama ini tangki air tidak pernah ditutup? Jika jawapannya adalah,YA,realitinya adalah menakutkan kerana selama ini penduduk asrama terpaksa minum air kotor setiap hari!
Saya percaya bangkai yang ditemui ialah bangkai tikus kerana ia bersifat merayap dan bukan terbang..pasti tikus tersebut cuba utk memanjat tangki tersebut..

kenapa nasib kami sebagai penduduk asrama terpaksa menderita setiap masa? Kami bayar semua yuran asrama dan kenaan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Jika kami lambat membayar yuran asrama,pihak warden dan terutamanya kewangan akan bising dan menampal
nama pelajar untuk dikenakan denda.. Bila kami bising tentang perkara begini,kami akan ditengking balik kerana tidak reti bersabar..bagaimana hendak bersabar jika banyak perkara yang penting seperti ini dilambat2kan??
Di mana hak kita sebagai pelajar? Kenapa kita tidak mahu berdiri dan pandang ke depan utk menegakkan kebenaran bagi pihak pelajar? Di mana pemimpin pelajar bila hal ini berlaku? sehingga kini saya tak tahu di mana peranan MPP di dlm kolej~
bukan niat saya utk merendahkan martabat MPP ttp MPP harus sentiasa tahu perkembangan penyokong/pelajar mereka,sentiasa di sisi mereka.. Jgn hanya sekadar berikan kertas aduan kpd kami.. datang dan buat perjumpaan dgn pelajar agar MPP boleh memahami kami sebagai rakan
seperjuangan.. MPP juga adalah pelajar,bukan? tapi MPP ada kelebihan utk bertindak..Bgn bersama kami utk pastikan pelajar tak mudah ditindas!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s