Perjalanan Di Bulan Januari

Hari ni dah masuk Febuari 1 2009.. Dah sebulan kita berada kat kolej ni.. Apa pendapat korg ttg diri korg,pelajaran,dan Kolej dalam masa 1 bulan ni? Ada perubahan yang positif atau negatif?

Bagi saya ada pelbagai perkara  berlaku dalam masa sebulan itu.. Ada buruk ada baiknya..

Pertama sekali,saya terpaksa menerima kenyataan bahawa rakan dan juga roomate saya mengambil keputusan utk berhenti kolej kerana dia mendapat tawaran yang lebih bagus untuk dirinya.. Tanpa kehadiran dia , memang terasa sunyi bilik duduk dalam bilik dan rasa agak terasing pada mulanya dan jadi pendiam pulak secara tiba2.. Tiada yg nak bercerita dgn saya,nak gelak sama2,nak pergi kedai sama2,on9 sama2.. Minggu pertama kat dalam hostel mmg agak kekok w/pun dah 1.5thn duduk kat bilik tu.. maybe itu semua perasaan je kot.. Hahahahaahhaaha~ tapi,lama2 ok la..saya kembali ceria~!!😀

Keduanya, bila kelas dah bermula.. Semangat nak memulakan subjek2 baru mmg tinggi & positif.. maklumla.. Sem ni 4 subjek je..tapi semuanya Tough Subject.. Huh~!! Kena pandai plan agar impian nak dapat pointer yg lagi tinggi tercapai~ (Dekan?insyaallah).  Tapi masalah sekarang ni,saya tak boleh nak berikan tumpuan pada QMT 110.. macam nak tertekan kepala bila fikir pasal QMT.. sbb quiz pertama hari tu dah gagal.. huhuhuhu~ L .. yg kedua plak?xtau lagi sbb Miss M x bagi lagi kertas tu kat kitorg..Korg dah dapat? Kelas kitorg dikatakan yg paling rendah markah berbanding dgn kelas lain.. Quiz 1, 3 org gagal (termasukla saya).. Kelas lain xda gagal.. Apa punca semua ni berlaku? Adakah sbb kitorg belajar ‘masuk telinga kiri keluar telinga kanan’ atau ………….. Bagi pelajar kelas  kami,kitorg ada alasan yg tersendiri.. tapi,kami akan buktikann kami boleh bawa subjek QMT ni.. BERUSAHA,KAWAN2~!!  がんばってください~!!

 

Yang ketiganya plak, ada 4 org roomate saya yang sambut hari jadi mereka dalam bulan Januari (Fatin,K.Shayna,Niza&Amy) ..huh~ Berpeluh2 dahi bila fikir pasal hadiah.. Time tu plak duit tgh pokai sbb duit PTPTN xmasuk lagi..tapi,kitorg still bagi hadiah kat kitorg.. lupakan pasal hadiah,kita ceritakan plak mcm mn kitorg kenakan ‘Birthday Girl’ bila waktu menunjukkan tepat pada pukul 12 A.M.. heheheehehehhe~ tanduk kat kepala dah keluar.. Lalalalaalla~ Tapi kitorg dapat dajalkan seorg je,iaitu Kak Shayna sbb masa birthday dia je yg kitorg leh kenakan.. Masa birthday Fatin,dia balik rumah.. Niza & Amy pula, masa cuti mid sem..rugi2..klu x,diorg semua mmg dah kena dajal.. Hahahahahaha~ ok,kembali kepada cerita.. Kitorg satu bilik dajalkan K.Shayna dgn Bedak + Bantal~!! Mmg Gila la time tu~!! Mula2 kitorg suruh dia cari kitorg kat mana,(masa tu kitorg duduk kat tangga,busuk bau sampah mmg xtertanggung tapi thn je la..huhuhuhu) ..Pastu,kitorg nyanyikan lagu Happy birthday utk K.Shayna.. habis nyanyi,kitorg taburkan bedak kat badan dia~ Hahahaahahhaha~!! Habis satu badan!! Lepas tabur bedak,kitorg ‘belasah’ Kak Shayna dgn bantal~!! Cuba korg bayangkan~!! Yang jadi ,mangsa bukan Kak Shayna seorg je,kitorg yg mendajal ni pun terkena balik sendiri.. sbb bedak tu masuk kat mulut & hidung..terbatuk2 dibuatnya..huh~!!mcm mknn bedak! Gila btl..lain kali x nak buat mcm tu lagi.. Kak Shayna menitiskan air mata terharunya (betul ke terharu atau air mata terseksa?hehehheheehe~).. Kat sini,saya nak ucapkan kat kak shayna yg tgh last sem kat kolej ni,jgn la lupa kat kitorg bila kuar nanti.. Ingatla kami selalu sampai kak shayna ada cucu cicit.. Jangan hilangkan memori kami dalam ingatan Kak Shayna , OK? Panjang betul citer untuk Part 3 ni yer??

Fatin, K.Shayna, Niza, Amy

Ok,yang keempat pula.. Keputusan saya untuk mencipta blog ini, Blog Unikop Gossips Team.. korg nak tau mcm mn terlintasnya fikiran saya nak buat blog ni?  Sebabnya ialah :

  • 1) Supaya para pelajar ada ruang utk menyatakan isi hati mereka yg agak kurang puas hati dgn kerjasama yg diberikan oleh Pihak pengurusan Kolej terhadap kita pelajar..
  • 2) Masa belajar CSC 134.. Puan Mazdiana ada bcakap ttg blog..dan time tu jugala terlintas byk idea kat kepala otak nak buat mcm2~ heheheheehehe~!😀
  • 3) Duit PTPTN xmasuk lagi.. So,kat blog nila pelajar2 boleh luahkan ketidakpuasan dan bagi cadangan utk mempercepatkan proses
  • 4) Keadaan sekeliling kolej yg agak kotor akibat tikus,lipas dan sampah merata2..

Benda2 ni semualah yg menyebabkan blog ni tercipta.. tapi,blog ni still belum diketahui umum dan dapat liputan meluas dikalangan pelajar.. Impian saya terhadap blog ni ialah utk MENJADIKAN BLOG INI SEPERTI STUDENT PORTAL UTK PELAJAR KOLEJ UNIKOP.. saya akan cuba utk mengembangkankkan dan menjadikan ia sebagai sumber rujukan utk para pelajar.. Sokongan yg diberikan oleh pelajar yg sentiasa buka Blog UGT ni amatlah bermakna utk saya & seluruh team UGT ..😉

Terakhirnya, Blog ini telah menceritakan pelbagai cerita yg telah berlaku di kolej disepanjang Bulan JANUARI..  Seperti, Duit PTPTN dah masuk, Perjumpaan Blok C, BM 111 Kekurangan Lecturer Law, Puan Normala selamat melahirkan anak lelaki, BEL 312 Susah!, Kelab Badminton ditubuhkan .. Page utk Pictures of Moments yang memaparkan gambar2 yang berlaku di sekitar kolej pada sem2 yg lepas dan terbaru.. Serta Page utk Assignment,Aktiviti Kolej dan pelbagai lagi..

Walaupun Blog UGT masih kekurangan bahan dan Team utk terus men-update-kan segala perkara yg berlaku di sekitar kolej kita, Saya akan cuba sedaya upaya utk memberi maklumat terkini utk anda~!!

Bagaimana pula cerita korg utk bulan Januari yang telah lepas berlalu?? Ceritakan kepada saya dan rakan2 lain melalui ‘comment box’ tu.. Blog ni sentiasa menunggu kamu semua utk bercerita kepadanya..hehehehehehe~ Berkongsila dgn Kami ya~!!

Sekali lagi, Terima Kasih kepada semua rakan2 yg sudi menyokong Blog UGT ni~!! 감사합니다~!! ありがとう ございました、みなさん~!! 사랑한다~!  あいしている~!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s