Aktiviti Bersama U-Phoria!

Closing Ceremony 5
Closing Ceremony 5

ok,semalam korg klu nak tau, OM 4A ada mengadakan aktiviti kebajikan utk kanak2 autism..ini juga bersempena projek utk subjek diorg,Event Management.. Saya pula menawarkan diri menjadi volunteer kat sini.. pada mulanya adala rasa gementar + takut sbb ni 1st time nk jaga budak2 kurang upaya ni..tapi,kuatkanla juga semangat ni..

Pada, March 7 2009,seawal pukul 7 pagi,kitorg yg jadi volunteer ni + AJK majlis ni kena berkumpul kan depan padang kolej..kena bangun awal tu mmg 1 cabaran jugala..maklumla..dah biasa tidur lambat ..heheheheehehe~😉 malam tu try juga nak tidur awal,tapi xleh..akhirnya pukul 3 baru leh lelap mata..hohohoho..byk kerja nak kena siapkan..AJK U-Phoria juga terpaksa bersengkang mata sbb nak buat persiapan akhir.. kawan sebilik saya n juga AJK,tidur pada pukul 3.. mmg 1 cabaran bagi diorg..tapi,yg bestnya semua leh bgn awal..bagus2!!

Kitorg sampai kat Zoo Negara pada pukul 8pagi..tapi still xleh masuk lagi sbb registration dibuka pada pukul 8.30 pagi..tapi kena tunggu lagi 30minit sbb Zoo buka pukul 9pagi..sambil menunggu,kitorg semua pun apa lagi..berposingla kat setiap tmpt yg ada kat situ..hahahahahaha~!! Pada pukul 8.50pagi,kanak2 istimewa tiba di Zoo.. Kitorg sbg volunteer,diminta menyambut mereka dan memilih ‘adik’ masing2..mmg berdegup kencang jantung..takut belum apa2 berlaku,diorg dah buat hal..tapi,benda yg berlaku sebaliknya..diorg xla sedasyat yg kita fikirkan..diorg semua sama mcm kanak2 biasa cuma kekurangan sesuatu.. semuanya comel2..

Klik Kat bawah ni utk laporan + gambar

 

Bila tiba pkl 9,kitorg dh boleh masuk Zoo..1st sekali,kitorg naik train zoo dgn kanak2 ni..kat sinila sesi perkenalan bermula..ada yg jenis malu,ada yg suka bercakap,yg diam tapi pandang semacam pun ada..biasala ragam budak2.. time naik train tu,kitorg blh tgk mcm2 haiwan..Zirafah,gajah,beruang..kanak2 istimewa ni mampu mengenali haiwan2 tersebut..yg terror speaking english pun ada..mmg dasat2 la diorg tu!!

Habis shj pusing dgn train,kitorg dibawa ke dewan yg disewa utk menikmati sarapan pagi + perasmian majlis ini oleh Ustaz Mat Said.. Project Manager U-Phoria ialah Diana.. selepas majlis perasmian,cabutan bertuah diadakan..roomates saya semua dapat..tapi,saya sorg je yg xdpt..sedih btl..klu bab2 bertuah ni,saya mmg kurang skit tuahnya..1 dlm sejuta je klu benda ni nak berlaku..heheheheehehe~😉 selepas bersarapan,kitorg bawa kanak2 ni pergi ke aquarium..kat dlm tu ada byk jenis ikan..(maklumla,dh namanya ‘Aquarium’ mmgla byk ikan..hehehehehe~) Bila jam menunjukkan tepat pada pukul 11 pagi,kitorg kena bawa diorg pergi tgk ‘Animal Show’.. Kat situ ada pertunjukan burung kakak Tua+burung2 yg saya lupa namanya (hehehehehe~sorry)+ Singa laut.. mmg menarik sbb saya dpt tgk burung2 ni buat aksi dlm jrk yg dekat..

Habis sahaja ‘Animal Show’,kitorg kena bawa diorg pergi berjalan2 mengelilingi Zoo..kat sini,mcm2 ragam yg terpaksa dilayan..ada yg terpaksa belikan mereka barang permainan sbb selagi kanak2 tu xdpt apa yg dia nk,selagi tu la diorg akan menangis + xnk bergerak dari kedai cenderahati tu..aduh~ mmg cabaran.. tapi nasib baik ‘adik’ saya xbyk ragam..pendiam mcm saya juga..hohohohhohoho~ pada pukul 12.30tgh hr,kitorg diminta kembali ke dewan utk menjamu makanan tgh hari.. Makanan ditaja oleh byk pihak.. Seingat saya antara penaja2 ialah , Shacky’s Pizza,A&W dan Hotel City Ville..bagi saya,mknn tgh hari agak kurang mengancam (sorry kpd semua AJK!!)..tapi secara overall,semuanya OK.. Pertandingan mewarna turut diadakan sebagai penutup acara majlis..mmg semangat semua bdk2 nak mewarna..bila time warna jer,semua jadi aktif..xleh nk duduk diam.. Majlis tamat dalam pukul 2ptg..semua kanak2 dikehendaki pulang..kitorg teman diorg smpi kat pintu keluar..ada kanak2 yg menangis sbb xnak berpisah dgn volunteer.. tapi,setiap pertemuan ada perpisahan..

Majlis utk Volunteer xtamat smpi situ shj..kitorg diberi aktiviti,Explorace..mmg gila la.. permainan ni mmg penat sbb kitorg kena berlari 1 Zoo..huhuhuhu~tapi menyeronokkan..cuma yg xbestnya,Hujan turun diwaktu permainan..kitorg terpaksa bermandi hujan sepanjang perjalanan nak ke tempat permulaan,iaitu Dewan..habis basah baju + rambut..mmg dasat~ apabila tiba kat dewan,kitorg dikejutkan dgn 1 lagi aktiviti yg diorg nak lakukan iaitu,majlis hari jadi utk Lecturer OM, Miss Zura..siap dgn Kek Secret Resepi + Bear sbg hadiah..kasih sayang di antara Lecturer + anak muridnya..terharu melihat mereka..

Segala2nya tamat pada pukul 5.15 ptg..kitorg beredar dari dewan tu dan diminta tunggu di tempat keluar utk menunggu bas..dalam keadaan yg masih basah ni,kitorg kena tuggu bas smpi pkl 5.40ptg..ditambah lagi kedasyatannya,bas yg kitorg naik tu mmg gila sejuk!!!hanya tuhan yg memahaminya… akhirnya,pkl 6.00ptg,kitorg smpi ke kolej..gembira xterhingga!! Yeepi!

kat sini,saya nak ucapkan ribuan terima kasih kat semua pihak terutamanya Pihak U-Phoria sbb bagi saya & rakan2 utk merasai peluang menjaga kanak2 istimewa dan memberi servis yg terbaik dari korg! Semoga korg akan dapat markah yg tinggi utk Event ni!! Good Luck!!

2 thoughts on “Aktiviti Bersama U-Phoria!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s