Terima Kasih Atas Sokongan Adik-Adik!

Ditutup

Pertama kali blog ini dibuka dan ditulis adalah pada 16 Januari 2009. Misi Dan Visi pada mulanya adalah untuk merapatkan silaturahim sesama pelajar dan pensyarah di Kolej Unikop ini. Selain daripada itu, blog ini juga akan dijadikan sebagai tempat di mana pelajar boleh meluahkan ketidakpuasan pada batch tahun tersebut.

Ianya adalah inisiatif pelajar sendiri untuk menubuhkan komuniti yang lebih besar pada ketika itu. Blog ini tidak mempunyai sebarang kaitan antara Pensyarah mahupun Pengurusan Kolej Unikop. Senang cerita blog untuk menjana pendapat dan idea atau gosip. 😛

Kini telah masuk tahun ke-11 blog ini kekal di alam maya. Banyak pertanyaan dari adik-adik lepasan SPM yang ingin tahu segalanya mengenai Kolej Unikop yang bakal mereka jejaki. Tahun demi tahun, blog ini pasti akan menerima kunjungan yang agak tinggi.

Saya sebagai Admin blog ini yang telah meninggalkan Kolej Unikop lebih 10 tahun menghargai segala pertanyaan dan masa yang diambil untuk membaca blog ini. Sudah lama saya tidak menjejaki kolej malah tidak tahu pula apa update terkini. Sukar untuk saya menjawab segala soalan yang diberikan adik-adik sekalian.

Kini, saya ingin mengumumkan bahawa Blog Unikopgossipteam ditutup untuk sebarang pertanyaan mengenai Kemasukan Pelajar Kolej Unikop.

Akan tetapi, amat dialu-alukan untuk semua Alumni Kolej Unikop untuk datang singgah ke blog yang tak seberapa ini untuk mengenang segala kenangan yang dicipta di zaman muda kita. 🙂 Tulislah komen yang indah dan rapatkanlah silaturahim yang pernah kita bina pada satu masa dahulu.

Dengan ini, saya akhiri blog post ini dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pembaca dan pantun:

Pergi ke pasar membeli jamu,

Ramuan asli rempah dan jamur,

Sedari kecil menuntut ilmu,

Kelak dewasa hidupmu makmur.

 

 

 

Leave a comment